Archive for wallahu a'lam

11 pesanan dari ayahanda Luqmanul Hakim.

suatu ketika, Luqmanul Hakim tlh berpesan kpd anak2nya. kata sahabat Nabi yg alim dan bijaksana berfalsafah itu…

-wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dlm, ramai yg telah karam di dalamnya.Jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dgn sampan yg bernama taqwa,isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kpd Allah.

-wahai anakku, org yg berasa dirinya hina dan rendah diri dlm beribadat serta taat kpd Allah, maka dia itu org yg tawadhuk, lebih dekat kpd Allah, dan selalu berusaha menghindar dari maksiat.

-wahai anakku, seandainya ibu bapamu marah kpdmu, kerana kesilapan yg kamu lakukan, maka marahnya ibu bapamu itu adalah bagaikan baja utk tanam-tanaman.

-wahai anakku, ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar org yg tidak mahu diajar.

-wahai anakku, apabila engkau mempunyai dua pilihan, menziarahi org mati atau ke majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi org mati krn ia akn mengingatkanmu kpd kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengigatkanmu kpd kesenangan duniawi semata-mata.

-wahai anakku, jgnlah engkau menelan shj kerana manisnya sesuatu makanan dan jgnlah memuntahkan sj kerana pahitnya sesuatu makanan itu, kerana manis blm tentu menimbulkan kesegaran dan pahit blm tentu menimbulkan kesengsaraan.

-wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya, kerana ia tidak ubah spt org yg mencari kayu bakar, tetapi setelah byk , dia tidak mampu memikulnya, pdhal dia masih mahu menambahkannya.

-wahai anakku, bila mana engkau mahu mencari kwn sejati, maka ujilah terlebih dahulu dgn berpura- pura membuat dia marah. bila mana dlm kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkanmu, maka blhlah engkau mengambil dia sbg kawan. jika tidak demikian, maka berhati- hatilah.

-wahai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai org yg tidak mengharapkan sesuatu drpdnya. biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

-wahai anakku, bergaul rapatlah dgn dgn org yg alim lg berilmu. perhatikanlah kata2 nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dgn cahaya hikmah dr mutiara kata2nya, bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

-wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. jgn engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah kerana nanti engkau akn menjadi pengemis yg membebankan org lain. sebaliknya, jgnlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.

DEMIKIAN-      

Comments (1)